No | Parcel Id | Product Name | AWB | Weight of Parcel | Date Created | Status | - |
---|
|
---|
A1: Create Parcel bermaksud satu proses di mana anda wajib mengesahkan, berkongsikan, serta menghantar maklumat produk anda ke gudang MyWau di Guangzhou atau di Yiwu. Maklumat mesti tepat & betul untuk digunakan sebagai rujukan semua pihak. |
|
A2: Untuk menggabungkan maklumat berbeza, ianya tidak dibenarkan. Ianya hanya dibenarkan dalam satu keadaan sahaja di mana, seller anda telah mencampurkan semua produk anda di dalam satu guni / bungkusan / kotak dan hanya diletakkan di bawah satu waybill sahaja. |
|
A3: Tidak. Anda tetap wajib menghantar maklumat yang tepat tanpa mengubah apa-apa pun. Sebagai contoh. Anda telah membeli produk dan tersilap menghantar ke alamat gudang MyWau yang berada di Taihe (Sea warehouse). Tetapi niat anda sebenarnya ingin menggunakan perkhidmatan Gudang Renhe (Air Warehouse). Di dalam proses Create Parcel, anda tetap kena pilih alamat gudang yang sebenar yang telah anda gunakan semasa buat pembelian sebelum ini. Anda boleh letakkan di remarks user untuk tinggalkan nota berkenaan pemindahan parcel ke gudang berbeza. Dalam masa yang sama , anda wajib berkomunikasi dengan pihak CS MyWau berkenaan urusan pemindahan ini. |
|
A4: Apabila mendapat 3 waybill yang berbeza dari seller atau produk yang berbeza, anda mesti create satu persatu. Ini kerana, satu waybill bersamaan 1 parcel. Namun begitu, lain halnya apabila anda mendapat 3 waybill berbeza untuk produk yang sama. Anda hanya perlu mengisi satu borang, dengan ketiga-tiga waybill tadi wajib diletakkan bersama serta hanya dipisahkan dengan meletakkan koma di penghujung no. waybill. Sebagai contoh: JD123456789, JD987654321, JD567432789. |
|
A5: Setiap maklumat yang telah diisi, ianya akan disimpan di memory draft terlebih dahulu. Di sini, anda boleh menyemak kembali no. waybill, nama syarikat penghantar dan lain-lain maklumat sekiranya perlu. Sekiranya sudah tidak lagi parcel yang ingin dimasukkan, maka anda terus sahaja menekan butang SUBMIT PARCEL. Ingat, status draft tidak akan membawa parcel anda ke mana-mana. |
|
A6: Lebih baik anda tekan saja submit parcel walaupun masih banyak lagi produk yang ingin dibeli walau atas niat nak gabungkan parcel. Sebab proses penggabungan parcel tidak berlaku di proses Create Parcel. Ianya berlaku dan diperlukan semasa proses Create Shipment nanti. Nasihat kami, lebih baik anda tekan sahaja Submit Parcel walaupun masih banyak lagi produk yang sedang dalam proses pembayaran. |
|
A7: Ianya berlaku atas banyak faktor. Antaranya, parcel dihantar ke alamat yang salah. Kesilapan ini datang dari pengurusan seller anda. Cara untuk selesaikannya dengan menghubungi seller anda untuk buat tindakan seterusnya. Faktor yang lain adalah, no. waybill yang dimasukkan sebelum ini adalah no. waybill yang salah. Solusinya, anda wajib berhubung dengan seller anda, apabila maklumat yang tepat diperolehi, anda hanya perlu tekan action > edit untuk mengemaskini no. waybill yang baharu. Sekiranya perlukan bantuan, hubungi saja team CS MyWau. |
|
A8: Semestinya ada. Pertama, anda boleh menekan butang Unclear Parcel di halaman Create Parcel ini. Di situ terdapat notis dan makluman berkenaan parcel-parcel yang sampai di gudang, tetapi tiada data yang mengesahkan pemilikan parcel-parcel berkenaan. Sekiranya sistem senarai kembali pulih kelak, anda boleh menyemaknya sendiri. Buat masa sekarang, kami akan bantu anda secara manual. Hanya perlu berkomunikasi dengan CS MyWau sahaja. |
|
A9: Ini terjadi disebabkan terdapatnya simbol yang tidak perlu di dalam maklumat anda. Sebagai contoh: Men's trousers atau women's jacket. Di sini, terdapat simbol ' yang mana bakal menghalang anda dari melakukan proses create parcel. |
|
A10: Ada. Sila pastikan anda declare produk normal atau sensitif dengan betul. Ianya bagi mengelakkan salah faham yang boleh berlaku semasa pemeriksaan kastam baik di China, mahupun di Malaysia. Jangan tinggalkan/masukkan elemen space (jarak) di setiap maklumat. Sebagai contoh: Logistik Company: [jarak]Best Express[jarak]. Atau di waybill number seperti: [jarak]JD123456789[jarak]. Apabila ada jarak yang tidak disengajakan ini, ianya pasti akan mengganggu flow Create Shipment anda nanti. Percayalah. |